Pelakon Almy Nadia mengakui kini berat badannya sedang meningkat naik kerana sedang menyusukan bayinya, Nur Afriana Ariana yang dilahirkan pada 16 Februari lalu.
Laporan BH Plus menyebut, demi mahu memberikan khasiat yang terbaik kepada anaknya itu, Almy Nadia tidak kisah berat badannya naik sekaligus kelihatan gemuk walaupun terdapat segelintir individu yang mengutuk fizikalnya itu.
“Saya tak kisah gemuk untuk sementara waktu demi anak. Tak ada masalah. Orang nak bercakap… biarlah. Badan saya pun pernah berisi sebelum ini dan saya dicaci. Kemudian, bila saya kurus, saya dipuja. Sekarang saya berisi balik. Tunggulah saya kurus semula”
“Saya nak diet sekarang pun tak boleh sangat kerana sedang menyusukan anak. Saya tak boleh makan ubat dan jamu sebarangan. Mahu atau tidak, memang saya kena makan dan perlukan khasiat yang banyak untuk anak. Jadi pejamkanlah mata buat seketika untuk pastikan anak saya sihat,” jelasnya
Menurut Almy, dia berazam untuk menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram bagi mendapatkan kembali bentuk badan yang diidamkan seperti dulu. Malah tambahnya, dia juga tidak merasa selesa dengan keadaan dirinya ketika ini bahkan suaminya Fizz Fairuz juga tidak kisah dengan perubahannya itu.