Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) memuatnaik di laman Facebooknya, luahan hati generasi muda di hadapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Di atas pentas terbuka, Zara menceritakan kesukaran yang terpaksa ditempuh untuk hidup di ibu kota.
Graduan undang-undang itu menyifatkan dirinya belajar tinggi namun terpaksa hidup seperti pengenmis.
“Kami bukan bersendiran kerana ramai yang terseksa. Sudah tidak nampak jalan keluar.
“Masa depan amatlah kelam dan kelabut. Kami anak Melayu sudah tidak hiraukan isu politik dan perkauman kerana apa yang lebih penting bagi kami adalah isu survival.
“Saya sering tertanya-tanya, jika orang berpendidikan tinggi seperti saya boleh sebegini miskin, apakah harapan buat rakyat Malaysia yang lain, yang tak ke menara gading atau bukan dari keluarga berada.
“Ingin saya tekankan kepada TPM, para pemimpin, para ahli ekonomi, para bijak pandai dan masyarakat agar jangan berlengah membela nasib Melayu Bumiputera sebagai pendatang di negeri sendiri,” ucapnya dalam video yang berdurasi enam minit.
Dia menceritakan dengan gaji yang rendah, kos sara hidup yang tinggi menyebabkan ramai yang segenerasi dengannya tidak mampu memiliki kediaman sendiri.
“Untuk membeli rumah di kawasan Melawati atau Ampang, memerlukan pendapatan minima 9,000 sebulan, mampukah saya?,” tanyanya yang turut mengakui untuk menyediakan deposit 10 peratus sekalipun dia perlu berkumpul duit untuk lima hingga tujuh tahun.
Zara memberitahu dirinya tiada pilihan lain selain menyewa sebuah rumah dengan lapan orang yang lain demi menampung bayaran RM500.
“Banyak rumah masih kosong, tetapi ia bukan untuk graduan seperti saya. Jadi rumah yang mahal-mahal itu untuk siapa?” katanya.
“Mungkin saya perlu berkahwin dengan lelaki kaya untuk keluar daripada kemelut sosial ini? Kedengaran melucukan tapi ianya realiti,” luah Zara.
Ucapannya dibuat dalam majlis Laporan Sosio-Ekonomi Melayu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi anjuran MTEN sehari sebelum bermulanya Ramadan.
Rakaman ni ada dirakam TV3 , tapi tak disiarkan…So kita lah sebarkan. Sebab ianya benar benar sedang berlaku di negara kita.
Posted by Wowberita (Official) on Tuesday, July 7, 2015