Kelantan muncul juara Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada perlawanan final di Stadium Shah Alam, sebentar tadi sekaligus melihat misi FAM untuk melihat Kelantan tewas gagal sama sekali.
Gol pendahuluan Kelantan menerusi Norshahrul Talaha pada minit ke-44 manakala ATM menjadikan kedudukan 1-1 menerusi Rezal Zambery pada minit ke-48.
Namun Norshahrul kembali meledak pada minit ke-50 dan Marlon James menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-62.
Gol kemenangan Kelantan diperoleh menerusi Indera Putra Mahyuddin pada minit ke-95.