Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengumumkan ganjaran menunaikan umrah kepada para pemain The Red Warriors (TRW) yang menjuarai Piala Malaysia, Sabtu lepas.
Bagi pemain yang bukan beragama Islam pula, mereka akan diberi ganjaran berupa wang tunai.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.