Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Iklan Raya Paling Teruk, Dikutuk Kaw Kaw Di Laman Sosial!

$
0
0

Rata-rata menyuarakan pandangan negatif terhadap iklan raya jenama penyegar udara nombor satu di Malaysia iaitu Ambi Pur. Rasanya kenapa? Mana tidaknya, iklan raya ini bukan sahaja penuh dengan cacat cela malah kelihatan tidak berkualit.

Malah, kapsyen yang digunakan iaitu ‘Bawa pulang perisa Aidilfitri, bukannya bau makanan’ langsung tidak difahami mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.

Padahnya, iklan tersebut membuatkan ramai mengkritik dengan kesilapan remeh yang dilakukan bahagian grafik Ambi Pur ini. Lebih memalukan, rupanya iklan tersebut yang setiap satu aspeknya diedit, diambil dari iklan Ambi Pur luar negara. Lihat gambar di bawah…

Ini antara kritikan netizens:

“Seat belt ikat mana entah tinggi gila. Dah la kepala teleng, anak perempuan nampak macam OKU, kawan macam penanggal, isteri dengan tidak sabar nak beraya pakai tudung pun tergesa-gesa dengan seat belt tak pakai.

“IQ pun cetek pegang makanan dalam pinggan dan mangkuk ketika berada dalam kereta macam sudah tiada bekas makanan di rumah. Brek dekat traffic light habis semua berterabur,” tulis seorang netizen.

Iklan raya ini difahamkan telah dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook Ambi Pur namun dipadam setelah menerima kritikan orang ramai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997