Hangat seketika baru-baru ini apabila sebelum ini, Syatilla dikatakan menjalin hubungan cinta dengan aktor popular, Shaheizy Sam sehingga timbul khabar angin mengatakan mereka bakal berkahwin. Biarpun dilihat begitu selesa bersama namun belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan kedua-dua pihak.
Dek kerana tampil dengan gaya rambut terbaru, timbul pandangan sesetengah pihak yang mendakwa beliau putus cinta. Namun dinafikan oleh Syatilla Melvin.
Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 24, berkata dia sudah lama menyimpan impian untuk memotong pendek rambutnya, tetapi tidak mempunyai keberanian dan kekuatan berbuat demikian.
Menurut Syatilla, tampil dengan gaya rambut baru memudahkan beliau untuk bersiap dengan lebih cepat kerana perlu mengambil masa sedikit sahaja berbanding masa yang diambil ketika berambut panjang sebelum ini.