‘Wanita’ ini menjadi viral di Internet apabila gambar wajah ayunya disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp sekitar April tahun lepas.
Gambar-gambar itu dijadikan gurauan kerana individu tersebut sebenarnya merupakan seorang lelaki, jika dirujuk pada kad pengenalannya.
Susulan insiden tersebut, ramai yang berminat untuk mengenali lebih lanjut tentang Princess Nur Bidadari atau Nur Sajat hingga popularitinya mula mencanak.
Tak hairanlah, Nur Sajat mempunyai peminat tersendiri malah pengikut Instagramnya mengalahkan sebilangan artis tanah air iaitu lebih 43,000 followers.
Terbaharu, Nur Sajat mengejutkan peminatnya apabila terlibat dalam satu kecelakaan jalanraya dua minggu lalu, sebelum hari raya.
Ramai yang mendoakan kesihatan Nur Sajat kembali pulih ekoran kemalangan tersebut, tak kurang juga ia dijadikan bahan untuk menasihati Nur Sajat agar kembali ke pangkal jalan.
Ternyata, doa mereka ‘dimakbulkan’ kerana selepas kemalangan tersebut Nur Sajat bertambah ayu jelita mengenakan tudung..!
Susulan itu ada yang mengkritik tindakan Nur Sajat ini namun lebih ramai lagi, memuji kecantikannya yang nampak lebih ayu.
Ada juga yang menghentam kembali mereka yang mengata Nur Sajat dengan memberikan hujah, ianya antara dia dengan Allah Taala.
Apa pun kami berkongsikan cerita ini kerana Nur Sajat adalah sensasi Internet dan mempunyai peminat tersendiri. Mana yang baik dan buruk, pandai-pandailah fikirkan sendiri.
Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua..