Azwan Ali yang seringkali mencetuskan kontroversi di laman Twitter, akhirnya mengambil keputusan untuk menututp akaun Twitternya itu.
Menurut laporan portal hiburan RotiKaya, Azwan Ali atau Diva AA itu mengambil keputusan drastik itu kerana dikecam oleh ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan kata-katanya biadab dan melampau.
Bagaimanapun, selebriti itu tidak berundur begitu sahaja. Berikut adalah tweet terakhirnya sebelum akaun ditutup.
“Salam, terfikir, twits agong diva AA anytime ditamat? Yeayy! Bcoz elak associate dgn haters neraka laknatullah! Tunggu ya.
“Alam Twitter bersepah haters neraka laknatullah. Menyalak persis anjing gila kurap. So tunggu ya!” katanya.