Baru-baru ini, seorang individu, Khairul Ezuwan, menasihatkan orang ramai agar berhati-hati atau lebih tepat jangan terlibat langsung dengan tawaran perumahan Alfafa jika tidak mahu menangis tanpa berlagu di masa akan datang.
Menurut Khairul, tawaran yang diberikan itu adalah tidak masuk akal dan pelik.
“Sangat kelakar satu Facebook buat marketing yang tidak boleh di comment oleh public. Bila tengok comment, langsung tiada haters. Semua okay-okay sahaja. Pelik kan?
“Satu yang paling jelas, kos semasa binaan basic pun dah tak lepas untuk buat binaan. Ini lagi siap disediakan dengan tanah.
“Kenapa pembeli diwajibkan pergi kelas agama yang dianjurkan mereka? Supaya pembeli jadi orang yang redha dengan setiap dugaan dan malapetaka yang menimpa akan datang. Ini bukan teori, tetapi realiti. Bukan cobaan, tetapi menempah kepapaan,” katanya.
Enggan melihat ramai yang menjadi mangsa penipuan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti itu, Khairul mendedahkan strategi penipu jujur ini (bukan Alfafa sahaja, ini termasuk penipu² yang lain) agar menjadi panduan kepada pengguna yang lain lebih berhati-hati sebelum menerima tawaran yang ‘too good too be true’.
STRATEGI PENIPU JUJUR
Saya menjual satu harta dengan harga RM100,000 yang mana harga harta itu sebenarnya RM400,000 yang akan saya adakan. Tetapi syaratnya, saya akan bagi harta itu kepada pembeli selepas tempoh 48 bulan. Pembeli harus membayar terlebih dahulu tunai RM100,000 tersebut dan dalam masa yang sama, saya hadiahkan cash money RM250 sebulan kepada pembeli selama tempoh menunggu 48 bulan.
1. Saya target menjual unit bayangan ini kepada 100 orang. Jadi, saya akan perolehi kekuatan cash RM100,000 x 100 = RM10,000,000 di awal penjualan.
2. Dengan RM10,000,000 tadi Saya ada banyak pilihan untuk membuat investment seperti share trading, hartanah, emas dll. Tapi saya nak letak pada satu tempat yang mana risikonya paling rendah, contoh Tabung Haji.
3. Untuk membayar saguhati bulanan RM250 selama 48 bulan kepada 100 orang peserta, saya perlukan RM1,200,000. Ini bermakna saya perlukan RM25,000 setiap bulan untuk membayar saguhati. RM1,200,000, saya ketepikan dalam satu akaun. Duit ini yang akan saya gunakan untuk bayar saguhati selama tempoh 48 bulan tersebut.
4. Baki RM8,800,000 Saya letak dalam akaun Tabung Haji yang saya akan perolehi pulangan sebanyak 6% setahun. Dengan dividen compounding selama 4 tahun atau 48 bulan, Saya akan perolehi keuntungan bersih dari dividen RM2,300,000.
5. Bila cukup tempoh 48 bulan, semua 100 pelanggan akan menuntut hak mereka iaitu harta yang dijanjikan 4 tahun lepas.
6. Masa ini, saya declare projek saya mengalami masalah dan kerugian besar serta tidak mampu mengadakan harta tersebut seperti yang dijanjikan.
7. Waktu ini, pelanggan-pelanggan akan mula marah dan rasa ditipu. Orang yang rasa ditipu biasanya mereka mahu modal mereka dikembalikan. Masa ini, saya minta tempoh 2 atau 3 bulan untuk selesaikan cari duit bagi memulangkan baki modal para peserta.
8. 48 bulan pertama tadi, saya dah bagi mereka yang seramai 100 orang tadi RM1,200,000 saguhati. Maknanya saya berhutang lagi dengan mereka RM8,800,000.
9. Dalam akaun Tabung Haji, saya sekarang ada RM11,100,000 termasuk dividen compounding. Jadi saya keluarkan RM8,800,000 Dari akaun Tabung H untuk pulangkan baki pelaburan 100 peserta tersebut.
10. Waktu ini, semua peserta menyanjung saya sebagai seorang yang sangat jujur dan amanah, walaupun mengalami kerugian teruk tetapi berusaha keras dan berjaya memulangkan duit para peserta. Saya pun tersenyum bangga dengan pujian yang saya dapat tidak putus-putus dan berjaya memulihkan Nama, maruah dan kredibiliti saya. Nama saya bersih.
11. Saya tersenyum sinis dengan duit baki yang ada dalam akaun Tabung Haji ada sebanyak RM2,300,000. Kalau saja nak kumpul 4 tahun ini, saya kena simpan lebih kurang RM47,000 sebulan. Gila! Gaji Saya baru RM1,500, Boleh simpan RM47,000 sebulan.
Mudahnya saya perbodohkan orang. Hahaha (Gelak jahat sambil baring di kerusi boss macam dalam cerita ‘Sinetron’)
12. Saya boleh ulangi cara licik ini beberapa tahun akan datang Tapi syaratnya cuma buat jangan lebih tiga kali macam nasihat P.Ramlee (Chief penyamun) kepada Ibrahim pendek (sarjan) dalam cerita ‘Ali Baba & 40 penyamun’.
* Cerita ini untuk menjadi alert kepada orang ramai supaya tahu kaedah penipuan dilakukan supaya tidak mudah tertipu. Bukan belajar jadi penipu.
* Cukuplah bangsaku, sampai bila asyik nak kena tipu? Yang paling sedih, yang menipu itu pun kebanyakannya bangsaku sendiri. – Khairul Ezuwan