Botol minuman produk Malaysia telah ditemui oleh seorang peguam yang tinggal di Pulau Reunion, Creissen Philippe. Beliau telah memuat naik gambar-gambar itu di laman Twitternya.
Gambar yang dimuat naik memaparkan tiga botol air mineral yang dilabel ‘Cactus’ ‘Life’ dan satu lagi yang mempunyai label China.
#MH370 new Malaysian bottle find on coast (Saint-André- Réunion) Cactus Water and Life distilled pic.twitter.com/0Vbwry4d6S
— creissen philippe (@creissen) August 2, 2015
Humour Malais : "Life goes on with Cactus" #MH370
Posted by Philippe Creissen Avocat www.creissen.fr on Saturday, August 1, 2015
#MH370 L'ile aux débris, un nom qui va si bien avec ce qu'on trouve sur la côte: Haire care made in china sur la plage de Bois Rouge ! Vite CNN! Vite une thèorie pour expliquer la.découpe du flacon!
Posted by Philippe Creissen Avocat www.creissen.fr on Thursday, July 30, 2015
Terdahulu, Sky News melaporkan tentang penemuan pintu pesawat yang terdampar di pantai Pulau Reunion.
Walau bagaimanapun, kesahihan penemuan ini masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.
BACA: Pintu Pesawat Ditemui Di Pulau Reunion
Antara barangan lain yang ditemui sebelum ini adalah bekas peluntur, beg pakaian, dan flaperon.
Walaupun pada awalnya flaperon itu disahkan sememangnya dari Boeing 777 tetapi ia bukan satu pengesahan bahawa ia adalah milik pesawat MH370 yang hilang.
Pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac tahun lepas selepas satu jam meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing, China. Ia membawa 239 penumpang dan anak kapal.