Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Saya Cari Anak Saya Cikgu’

$
0
0

Ini kali kedua aku jumpa pakcik ini. Dia datang ke sekolah mencari anak dia. Kedatangan yang pertama, pakcik ini nak belikan baju sukan untuk anak dia tetapi malangnya, anak dia tidak berada di sekolah.

“Pagi tadi dia keluar pergi sekolah, cikgu. Pakai baju sekolah, bawa beg sekolah dan minta duit nak beli baju sukan. Jadi saya datang nak belikan. Cari dia, dia tak ada. Cikgu dia kata, dah lama dia tidak datang ke sekolah. Saya takut dia kena buang, macam mana saya nak cari dia ye?” katanya.

Saya memang tidak dapat menjawab soalan itu sebab sah-sah anak dia tak masuk sekolah.

Hari ini, pakcik ini datang lagi. Dok terjengok-jengok di tepi bilik aku menghadap ke padang.

“Assalamualaikum pakcik, pakcik cari siapa?”

“Saya cari anak saya cikgu. Nak tengok dia datang ke sekolah ke tidak. Tadi saya pergi ke kelas dia, kawan-kawan dia cakap budak-budak kelas dia berada di padang.

Terus aku panggil budak dan suruh cari anak pakcik ini.

“Cikgu, budak-budak kelas dia cakap, dia dah dua hari tak datang ke sekolah,” kata pelajar yang disuruh mencari itu tadi.

Pakcik itu kemudiannya memandang aku dan muka dia kelihatan keliru seketika.

“Cikgu, anak saya pergi sekolah, cikgu. Saya yang hantar dia pagi tadi. Dia pakai baju sekolah, bawa beg sekolah dan saya bagi duit belanja, cikgu,” katanya.

Pakcik itu dengan terkebil-kebil dan rasa hampa di hati berlalu pergi. Saya tahu dia kecewa, sedih dengan sikap anak dia.

Hailah anak, kalau yang datang ini berbaju kot, berkasut hitam berkilat, keluar dari perut BMW, aku tak kisah. Tetapi apa dosa bapa kau sampai kau menipu orang tua ini? Sampai bila kau nak tengok bapa kau begini nasibnya? Tak teringin ke nak mengembirakan dia?

Dia tak minta kau belikan dia banglo mewah tepi lebuh raya exit Kajang itu. Dia cuma minta kau pergi sekolah sahaja, itu pun susah ke?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997