Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis Julai lalu adalah daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370. Najib mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media tergempar awal pagi Khamis di PWTC.
“Hari ini cukup 515 hari pesawat berkenaam hilang. Dengan hati yang berat saya ingin memaklumkan pasukan pakar antarbangsa telah mengesahkan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion adalah daripada MH370, ” katanya.
Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada negara luar, pertubuhan dan individu yang membantu mencari pesawat berkenaan sejak setahun lalu.
Beliau juga berjanji kerajaan akan mencari kebenaran terhadap apa yang sebenarnya terjadi kepada MH370.