Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Dia Menteri Takkanlah Bingai Sangat’

$
0
0

Kenyataan seorang Menteri yang mendakwa siasatan yang dijalankan pihak polis terhadap beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai satu bentuk intimidasi (gangguan), adalah satu kenyataan dangkal yang dibuat berdasarkan kecenderungan dalam media sosial semata-mata.

Realitinya tidak begitu kerana siasatan polis ke atas pegawai SPRM yang dirujuk Menteri berkenaan sebagai intimidasi itu adalah sebahagian dari proses setelah SPRM sendiri membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan agensi berkenaan dalam soal kebocoran maklumat siasatan kes membabitkan derma politik yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.

Mudahnya macam ini sajalah, kalau taknak polis siasat, jangan buat laporan polis!! Ini buat laporan polis, bila polis siasat, dah melompat dan dakwa cuba ganggu pula. Datang orang tak faham, hanya baca perkembangan dalam FB dan Twitter, buat kenyataan bodoh.

Dia menteri, takkanlah bingai sangat tak boleh rujuk kepada Ketua Polis Negara atau Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri terlebih dahulu? Ke kecil sangat kedudukan dalam kabinet tu sampaikan nak tanya soalan pada platform yang sepatutnya pun susah.

Orang kebanyakan di luar ni buat andaian dan persepsi macam-macam kerana mereka tidak ada akses seperti mana Menteri berkenaan.

Tak tahulah kalau pemahaman SPRM dan menteri yang berkenaan kalau laporan polis dah dibuat, itu maksudnya siasatan tak perlu dijalankan. Salah tu, siapa pulak yang cakap? Penulis yakin ketika Menteri berkenaan terlibat dalam ‘kemalangan’ yang membawa kepada perkahwinan dengan isterinya sekarang, laporan polis dibuat dan kenyataannya direkodkan.

Itu semua proses biasa.

Rakyat dibawah ini ramai yang pernah diambil keterangan, dirakamkan percakapan malah ada yang ditahan reman dan sebagainya oleh mana-mana SPRM dan polis. Kalau ini semua dianggap gangguan, susahlah pihak yang berkenaan nak buat kerja.

Lebih baik tutup kedai saja.

Penulis suka mencadangkan macam ini sajalah. Kenapa Menteri yang berkenaan tidak bawa usul di parlimen agar SPRM ini diberikan kekebalan undang-undang, diharamkan siasatan dijalankan ke atas mereka. Jadikan SPRM ini satu badan yang unggul dan berkuasa penuh lagi tidak boleh disentuh.

Kita nak tengok berapa ramai yang akan bersetuju dengan cadangan tersebut itu nanti.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997