Ulasan seorang ustazah dalam rancangan Fiqh Wanita di TV3 mengundang kritikan dari netizen di laman sosial.
Dalam rancangan yang membincangkan kebaikan serta khasiat susu ibu kepada bayi itu, ustazah berkenaan mendakwa bayi yang diberi minum susu lembu akan cepat menjadi pemarah kerana DNA lembu yang sifatkan cepat marah telah masuk ke dalam badan bayi.
Justeru, netizen khususnya golongan ibu yang tidak bersetuju dengan dakwaan itu, mengkritik ustazah berkenaan dan mengatakan beliau seolah-olah menghina golongan ibu yang tidak dapat menyusukan anak dengan susu badan.
Bagi mereka, adalah tidak adil ustazah berkata seperti itu kerana ada segelintir ibu yang tidak mampu mengeluarkan susu badan lagi yang mana dipengaruhi dengan faktor-faktor tertentu meskipun diperah menggunakan ‘teknologi’ perahan zaman ini.