Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Mustahil DNA Manusia & Haiwan Bergabung Melalui Pemakanan’

$
0
0

Apabila seorang ustazah membuat kenyataan bahawa bayi yang minum susu lembu akan membesar dengan DNA lembu di dalam badannya, ia menjadi viral dan bahan jenaka warga media sosial.

Kenyataan tersebut juga memberitahu seorang bayi yang membesar dengan DNA lembu akan mewarisi sifat-sifat seekor lembu, antaranya pemarah.

Sebahagian netizen menganggap kenyataan tersebut berbaur gurauan, namun majoriti menganggap kenyataan sebegitu tidak seharusnya dikeluarkan.

Ada juga yang meminta agar kenyataan tersebut disokong dengan fakta dan kajian saintifik yang sahih.

Antara pendapat yang menarik perhatian adalah dari pengguna Facebook, Khairul Hafidz Alkhair.

Dia yang juga seorang doktor memberitahu, susu lembu yang diberikan kepada bayi adalah dalam bentuk nutrien dan bukannya DNA. Dengan itu, bayi akan menerima khasiat yang terdapat dalam susu lembu dan bukannya DNA lembu.

Dr Khairul turut menjelaskan adalah tidak mungkin untuk DNA haiwan dan manusia bergabung hanya melalui pemakanan.

DNA, atau deoxyribonucleic acid, terdiri daripada 4 nitrogenous base iaitu adenine (A), thymine (T), cytosine (C) dan guanine (G).

Kenyataan ustazah berkenaan disiarkan di sebuah stesen televisyen pada Jumaat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997