Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Serangan Terhadap Bapa Saya Rugikan Negara’– Anak Najib

$
0
0

Anak Perdana Menteri, Mohd Nazifuddin merayu kepada rakyat Malaysia supaya menghentikan serangan terhadap bapanya kerana perbuatan itu hanya akan merugikan negara.

Menyifatkan serangan itu berunsur peribadi, Nazifuddin mendakwa segala tuduhan yang dilemparkan terhadap bapanya, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyebabkan rakyat menderita.

“Ketidakpercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup ‘mengorbankan’ negara semata-mata untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Ia menyebabkan pelabur takut untuk datang ke sini kerana berpendapat negara ini tidak stabil dan ia akan menyebabkan nilai ringgit jatuh dan memberi kesan kepada ekonomi secara keseluruhan,” Nazifuddin berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan kafe Jaringan Melayu Malaysia (JMM) di Kuala Lumpur.

Nazifuddin, anak kedua Perdana Menteri daripada perkahwinan pertama Najib berkata, tuduhan terhadap bapanya adalah sebahagian daripada perancangan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

“Pihak berkenaan harus sedar tekanan yang mereka berikan tidak membaiki keadaan sebaliknya memburukkan situasi negara dalam pelbagai aspek seterusnya kita sendiri akan terkesan.”

“Saya berharap masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan khabar angin yang tidak sahih dan memikirkan implikasinya terhadap kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997