Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Insiden Low Yat: Tiga Jurujual Didenda RM1,800

$
0
0

Tiga jurujual telefon bimbit didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi selepas mengaku bersalah mencederakan seorang penganggur dalam satu insiden di Plaza Low Yat bulan lalu.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Leong Seng, 29; Eric Chan Weng; 23; dan Soo Weng Hing, 26, dan memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal menjelaskan denda itu.

Mengikut pertuduhan, Leong Seng, Chan Weng dan Weng Hing didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas penganggur, Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, di Lavel G, Plaza Low Yat, jam 4.57 petang 11 Julai lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang denda sehingga RM2,000 atau penjara jika sabit kesalahan.

Bulan lalu, Shahrul Anuar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur terhadap tuduhan mencuri telefon bimbit jenis Lenovo bernilai RM800 di Plaza berkenaan


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997