Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Jangan Tuduh Saya Gadis Murahan’– Fara Mendoza

$
0
0

Fara Mendoza meminta agar orang ramai tidak menuduh beliau sebagai gadis murahan susulan foto beliau bersosial tersebar di Internet. Jelas Fara, foto-foto berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi beliau bersama aktor Fizz Fairuz.

BACA: Aksi Lesbian Fara Mendoza Di Kelab Malam Bikin Panas!

Gambar-gambar yang disebarkan itu adalah gambar lama saya, tipulah kalau kata saya tidak pergi tempat-tempat hiburan kerana saya seperti orang lain juga yang pernah melakukan kesilapan.

Namun kalau menuduh saya sebagai bohsia atau gadis liar itu sudah keterlaluan kerana saya masih tahu batas-batasnya. Lagi pula gambar-gambar yang disebarkan itu gambar saya bersama kawan perempuan dan bukannya lelaki. Pada saya gambar itu tiada kaitan dengan isu Fizz Fairuz itu.

Berbalik kepada kontroversi hangat beliau itu, ada sesetengah pihak mempersoalkan mengapa beliau mengadu tidak tahan diganggu oleh Fizz sedangkan menerusi “screenshot” perbualan tersebut, Fara seakan melayan juga sikap Fizz. Namun, buat beliau mereka yang memberikan komen sesuka hati tidak mengetahui keadaan sebenar.

Saya malas nak baca komen orang ramai di internet kerana hanya akan menyakitkan hati sahaja, biarlah mereka nak cakap apa pasal saya. Mereka pun tidak tahu perkara sebenar yang terjadi. Cukuplah cari kesalahan saya dan jangan menilai saya menerusi gambar-gambar yang tersebar kerana ia sangat keterlaluan.

Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing atas isu hangat tersebut. Walaubagaimanapun, susah untuk mengatakah siapa yang berada di pihak yang benar dan siapa pula di pihak yang salah sekarang ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997