Pelakon Azhar Sulaiman tanpa rasa bersalah mengaku secara terbuka bahawa dirinya telah murtad kerana menjadi ahli Umno dan menyokong Barisan Nasional melalui akaun facebook milik beliau.
Pengakuan itu dilihat untuk memerli Tuan Guru Nik Aziz yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia kononnya telah menuduh Umno murtad. Namun Tuan Guru Nik Aziz telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar milik Umno itu kerana memfitnah beliau.
Nampaknya Azhar Sulaiman yang mengaku sebagai ahli Umno terpengaruh dengan laporan akhbar pemegang rekod paling banyak kalah saman di mahkamah kerana sering melaporkan fitnah terutama berkaitan dengan isu politik.
Niat asalnya konon nak perli Tuan Guru Nik Aziz, nampaknya kali ini Azhar Sulaiman benar-benar perlu meminta pandangan ustaz berhubung kenyataan kontroversi secara terbukanya yang telah mengaku murtad di facebook.