Sebuah pesawat domestik jenis ATR 42 yang membawa 44 penumpang dewasa, lima kanak-kanak dan lima krew dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan ATC Sentani pukul 2.55 petang waktu tempatan. Untuk info, pesawat itu berlepas dari Jayapura pukul 2.22 petang dan sepatutnya tiba di Oksibil pukul 3.04 petang waktu tempatan. Lokasi terakhir pesawat dipercayai berada di Papua Indonesia.
Laluan Penerbangan Trigana Air Sebelum Hilang 16 Ogos 2015