Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Menteri Arah SKMM Jumpa Facebook & Twitter Kekang Maklumat Palsu

$
0
0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarahkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk bertemu pembekal platform sosial media bagi mendapatkan kerjasama mengawal penyebaran maklumat palsu dan khabar angin.

Menterinya, Datuk Seri Salleh Said Keruak melalui blognya berkata walaupun pembekal platform media sosial seperti Facebook, Google dan Twitter selama ini kerap menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa, tahap kerjasama itu perlu ditingkatkan.

“Hakikatnya, terdapat undang-undang di Malaysia yang memantau penyebaran maklumat palsu atau dan tidak disahkan.

“Adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapapun yang melanggarnya dengan membenarkan maklumat berkenaan dimuat naik dan boleh diakses oleh orang awam,” ujar kenyataan tersebut.

Begitupun, kata Salleh, walaupun pihak berkuasa boleh mengekang akses aplikasi tersebut, pihaknya tidak akan berbuat demikian memandangkan majoriti pengguna media sosial menggunakannya untuk tujuan positif.

“Namun, ini tidak bermakna orang awam boleh memuat naik maklumat tanpa usul periksa, sekali gus tidak menghormati undang-undang.

Ruang dalam talian bukanlah ruang yang bebas peraturan dan tindakan boleh dikenakan ke atas mereka yang mencabul undang-undang tersebut,” kata Salleh.

Beliau mengingatkan bahawa perbuatan menyiar atau memuat naik maklumat sensitif dan yang tidak sah berpotensi mencetus situasi yang tidak diingini seterusnya mengancam keselamatan awam.

Pada tahun 2014, sebanyak 78 peratus permintaan penghapusan kandungan yang dimohon daripada SKMM telah dilaksanakan oleh pembekal platform media sosial dengan kira-kira 81 peratus daripadanya dilakukan Facebook.

Statistik sehingga akhir Julai 2015 menunjukkan bahawa 49 peratus permintaan penghapusan kandungan telah dituruti iaitu 33 peratus dari YouTube manakala 42 peratus dari Facebook.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997