Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen 24, ternyata adalah seorang pencinta haiwan liar dan Tuanku dengan selambanya telah berpeluk-peluk manja dan ‘daring’ dengan seekor harimau.
Menariknya, harimau itu tidak pula mencederakan dirinya, sebaliknya sangat manja sewaktu bergambar selfie yang mana ia telah dikongsikan menerusi Instagram milik beliau.
Pembaca janganlah panik pula, sebetulnya Pengiran Muda Mateen bukanlah memeluk harimau liar yang hidup tengah-tengah hutan atau pun yang dipelihara di dalam zoo.
Sebaliknya, Pengiran Muda Mateen telah memeluk anak harimau yang telah menjadi haiwan peliharaan beliau sendiri. Nama anak harimau itu Scarlett. Comelkan?
Selain menyayangi Scarlett, Pengiran Muda Mateen juga sebenarnya sangat aktif dalam bidang sukan iaitu sukan polo dan bola sepak.
Malah, Pengiran Mateen juga kerap kali dilihat menghadiri majlis-majlis Diraja dan beramah mesra dengan rakyat Brunei. Jadi dengan kesempatan ini, jom kita lihat foto-foto beliau bersama Scarlet dengan aksi selambanya.