Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Pelakon Baharu Janna Nick Mula Berlagak Diva?

$
0
0

Pendatang baru Janna Nick terkilan apabila dilabel berlagak diva dan bersikap dingin dengan pelakon tambahan di set penggambaran.

Pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner itu bagaimana pun enggan melatah kerana menganggap gosip yang melanda dirinya itu sebagai lumrah kehidupan seorang anak seni.

Nama gadis kacukan Cina-Thailand-Pakistan ini mula meniti di bibir peminat setia drama tempatan apabila memegang watak Nur menerusi drama bersiri Syurga Nur di slot Akasia TV3.

“Lucu apabila ada pihak yang keluar dengan gosip mengatakan saya seorang diva. Orang sekeliling yang mengenali saya pasti tahu kebenaran dakwaan itu.

“Saya enggan melatah kerana tahu ianya tidak benar sama sekali. Lumrah sebagai seorang artis pasti akan terpalit dengan pelbagai kontroversi tidak kira sama ada ia benar atau tidak.

“Cuma saya tidak mahu ada pihak yang salah faham dengan diri saya kerana cerita yang tidak benar ini. Ia sekali gus menutup periuk nasi saya kerana mungkin ada produksi yang berfikir beberapa kali untuk bekerja dengan saya,” katanya.

Tambah Janna, banyak yang perlu beliau pelajari kerana masih hijau dalam bidang seni tempatan. Baginya, tidak mustahil ada pihak yang tersalah erti dengan sikapnya yang gemar bergurau secara kasar.

“Sedari sekolah lagi saya memang rapat dengan kawan-kawan lelaki. Jadi gurauan saya mungkin kedengaran kasar bagi sesetengah pihak. Namun, saya bergurau kasar dengan mereka yang saya selesa saja.

“Setakat ini saya tidak pernah lambat ke sebarang lokasi penggambaran dan tidak mendatangkan sebarang masalah kepada produksi. Tidak sesekali saya memandang orang atas bawah dan menjeling kepada mereka.

“Mustahil apabila ada yang menggelar saya bersikap dingin dengan pelakon tambahan kerana saya sering makan bersama warga produksi dan sebagainya. Tidak tahu dari mana datangnya khabar angin itu,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997