Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Vape Belum Difatwakan Haram, Hanya Pandangan Peribadi Saya’

$
0
0

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin menafikan telah mengeluarkan fatwa yang mengharamkan rokok elektronik atau vape.

Menjelaskan perkara sebenar beliau berkata, kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir oleh sesetengah media.

“Saya bercakap atas kapasiti saya dari sudut pandangan peribadi bukan mewakili Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Dan saya juga menyatakan bahawa sekiranya pakar telah mengesahkan vape itu memudaratkan kesihatan, membawa kepada pembaziran serta merosakkan alam sekitar, maka ia boleh jatuh haram seperti rokok atau shisha.

“Kami masih menunggu laporan penuh dan penjelasan pakar Kementerian Kesihatan dan jika laporan itu mendapati vapor sah memudaratkan kesihatan, ia akan difatwakan sebagai haram. Sebelum ini kita hanya putuskan rokok atau shisha itu haram,” jelasnya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid berkata, penggunaan vape hanya boleh diwartakan haram sekiranya ia mendapat pengesahan daripada pakar.

Ia juga katanya melibatkan tiga dapatan seperti yang dijelaskan Abd Shukor.

Bagaimanapun katanya, keputusan mewartakan sesuatu fatwa perlu melalui mesyuarat yang dihadiri oleh semua mufti.

“Kita perlu dapatkan pengesahan, semua mufti perlu hadir bermesyuarat untuk sahkan ia haram. Kalau dah kata haram memang ada sebabnya dan membawa kemudaratan kepada pengguna,” katanya.

Terdahulu beberapa media melaporkan penggunaan vape yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada masa kini, difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997