Cikgu Aishah yang sebelum ini viral kerana memiliki wajah yang cantik dan berpakaian menutup aurat jadi kecoh lagi di media sosial hari ini kerana pakaiannya tiba-tiba berubah.
Hari ini, para netizen agak marah apabila dia dilihat berpakaian ketat dan sangat seksi ketika menghadiri sebuah majlis bersama seorang lagi pelakon jelita Nelydia Senrose.
Dengan wajah yang sedikit berisi daripada sebelum ini, Cikgu Aishah berpakaian blaus yang ketat dan skirt yang amat-amat pendek.
Gambar itu ternyata berbeza dengan kemunculan watak Cikgu Aishah awal-awal dulu di internet yang menyerupai seorang ustazah.
Kisah Cikgu Aishah tidak lama dulu pernah menjadi viral di laman sosial kerana surat cinta yang diberikan oleh seorang lelaki iaitu bap kepda pelajarnya ketika dia bertugas sebagai guru sementara di sebuh sekolah.
Sebenarnya, Cikgu Aishah atau namanya Puteri Aishah merupakan antara finalis Dewi Remaja bagi tahun 2014/15 yang berlangsung baru-baru ini.
Berkaitan kisah viralnya, dia mengatakan bahawa surat berkenaan tiada apa-apa kaitan dengan dirinya dan berasakan isu itu tidak perlu diperbesarkan.