Gosip yang berlegar-legar mengatakan pelakon hot, Nora Danish kini sudah putus cinta dengan kekasihnya, Nedim Nazri. Betul ke dakwaan ini?
Menerusi komen-komen di hampir kebanyakan gambar yang dikongsikan di Instagram menyatakan pasangan ini seolah-olah sudah berpisah namun, jika dilihat gambar-gambar mereka masih lagi ada di dalam koleksi Instagram masing-masing. Siap dengan ayat-ayat manis dan romantik lagi.
Tak hairanlah kalau masing-masing jarang memuat naik gambar bersama memandangkan Nedim dan juga Nora perlu menjalankan tanggungjawab sendiri dan keluarga, mestilah sibuk.
Bagaimanapun, gambar yang dimuat naik oleh kekasihnya Nedim seolah-olah menggambarkan situasi dan bayangan status hubungan mereka.
Ramai peminat yang mendoakan mereka berdua cepat-cepatlah disatukan dan harap-harap hubungan mereka akan pulih seperti sediakala jika ada perselisihan faham. Biasalah kan kalau dah bercinta, berkahwin, tak gaduh-gaduh memang tak sah. Orang cakap gaduh-gaduh manja eratkan hubungan lagi, betul tak?