Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Najib Gesa Pesara Bantu Kerajaan Tangani Fitnah

$
0
0

Golongan pesara kerajaan digesa supaya membantu kerajaan dalam menanggani dan membetulkan pelbagai fitnah yang tersebar melalui laman sosial.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hanya golongan pesara yang faham dasar kerajaan memandangkan mereka adalah antara saksi yang melihat perkembangan transformasi Malaysia sejak ia mencapai kemerdekaan.

“Merekalah saksi kepada pelbagai fasa transformasi yang dilalui negara maka wajarlah jika golongan ini tolong uar-uarkan perkara yang baik tentang dasar kerajaan… banyak fitnah di media sosial yang terpaksa kita betulkan. Tolong bantu saya jernihkan keadaan,” katanya.

Perdana Menteri berucap pada jamuan malam sempena Persidangan Perwakilan Tahunan Ke-28 Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) pada Isnin. Najib menyeru agar lebih 46,000 anggota PPKM itu terus memberi komitmen dan sokongan kepada kerajaan demi kebaikan negara.

Dalam majlis yang sama, Najib memberi jaminan bahawa selain kelulusan peruntukan RM5 juta kepada Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia baru-baru ini, pihaknya juga akan menambah peruntukan itu dari semasa ke semasa untuk membela kebajikan pesara.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997