Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Ahli Parlimen PAS Kota Raja Keluar Parti

$
0
0

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud bersama 182 ahli dan pimpinan PAS Kota Raja menyahut cabaran kepimpinan Pas Pusat dengan meletak semua jawatan dan keluar daripada parti itu untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Keputusan itu dibuat pada Rabu.

“Kami di Parlimen Kota Raja terdiri daripada Yang Dipertua (YDP), Timbalan Yang Dipertua (TYDP), Naib Yang Dipertua (NYDP) serta Setiausaha Kawasan meletak jawatan dalam PAS.

“Ia diikuti sembilan Ketua Cawangan serta ahli jawatankuasa (AJK) cawangan yang melakukan tindakan sama,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro Online.

Mengulas mengenai tindakannya, Dr Siti Mariah menjelaskan keputusan itu juga dibuat bagi memudahkan AJK yang masih bersama PAS dapat menjalankan tugas di kawasan berkenaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997