Shamsul Ghau Ghau antara nama yang cukup popular pada masa dahulu dan pernah muncul dengan pelbagai jenis rancangan di kaca televisyen. Namun, sejak beberapa tahun ini agak jarang kita lihat lakonan Shamsul bukan? Yang kami ingat beliau pernah berlakon dalam satu drama bersama Diana Amir dan Johan As’ari membawa watak sebagai imam.
Untuk pengetahuan anda, Shamsul kini sudah berhijrah dan sedang mendalami agama Islam. Oleh itu, beliau kini sudah memperlahankan aktivit seninya.
Terbaru, ada seorang ustaz telah bercerita mengenai penghijrahan beliau menerusi akaun Facebooknya. Melalui satu status di Facebook, ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani beliau merasa cukup senang dengan akhlak serta keperibadian Shamsul yang duduk di saf hadapan menyapa beliau dengan lemah lembut dan beradab.
Mula berborak, ustaz tersebut bertanya kepada Shamsul apakah sebab beliau mula berubah. Jawapan Shamsul cukup ringkas, “Doa ibu Ustaz”.
Berikut adalah perkongsian penuh ustaz Ahmad Dusuki:-
Shamsul Ghau Ghau antara nama besar artis di bidang seni, suatu ketika namanya melonjak dalam banyak program di…
Posted by Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani on Tuesday, August 18, 2015
Dalam pada itu, beberapa kenalan dan individu yang mengenali Shamsul Ghau Ghau turut berkongsi tentang peribadinya di ruangan komen. Ramai yang memuji sikapnya yang cukup menghormati ibunya dan mengamalkan ajaran Islam dengan baik.
Berkat doa ibu kepada anaknya, kini Shamsul Ghau Ghau di bukakan pintu hati untuk berubah. Kata orang, kalau hendak berubah tu sekelip mata sahaja boleh tetapi ia bergantung kepada iman seseorang itu. Pilihan di tangan anda sendiri.