Sebagai satu usaha membantu meringankan beban rakyat Gaza yang diserang rejim Zionis Israel, pelantun lagu, Antigraviti ini melelong trofi miliknya.
Bukan satu atau dua, malah kesemua trofi yang pernah dimenanginya akan dilelong mengikut harga yang dibida.
Sangat menarik perhatian apabila satu trofi milik penyanyi versatil ini berjaya dijual dengan harga RM50,000.
Bersyukur dengan nilai yang diterima, Faizal mengesahkannya menerusi Twitternya dan akan mengumumkan pembeli trofi itu pada majlis khas Palestin, hari ini.