Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Kalau ‘Bersih’, Kenapa Tidak Ikut Peraturan? – Ahmad Maslan

$
0
0

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan mempersoalkan tindakan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berhubung rancangan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 4 di ibu negara, hujung minggu ini.

Beliau turut meminta pihak terbabit untuk menarik balik rancangan mengadakan perhimpunan berkenaan.

“Jika anda Bersih, mengapa tidak ikut peraturan? Ya mengapa? Ramai sedang bertanya. Sila jawab. Mengapa anda tidak ikut peraturan Akta Perhimpunan Aman 2011? Akta yang telah dibentang, dibahas dan diluluskan oleh Parlimen yang wakil-wakil anda ada di situ.

Katanya, akta terbabit telah menerangkan bahawa protes dan demonstrasi jalananan adalah dilarang.

“Sangat terang dalam akta itu bahawa protes dan demonstrasi jalanan adalah dilarang. Kaedah-kaedah permohonan perhimpunan aman juga dinyatakan dan anda boleh berhimpun walau di dalam stadium setelah diluluskan oleh Polis,” katanya dalam posting terbaru di laman webnya www.ahmadmaslan.my, hari ini.

Berhubung tindakan Bersih 2.0 yang enggan menggunakan stadium untuk berhimpun, Ahmad Maslan mempersoalkan adakah tindakan itu kerana tidak akan ada tindakan daripada pihak polis dan kekacauan tidak berlaku bagi membolehkan ia “diviralkan dan disensasikan” oleh media kepada dunia.

“Atau anda memang menggunakan SOP asing ingin menjatuhkan kerajaan secara tidak sah melalui demonstrasi jalanan?

“Anda sudah pernah menang di beberapa negeri dalam pilihanraya umum dan menang beberapa pilihanraya kecil. Jika kaedah pilihanraya di Malaysia ini tidak betul, anda tidak akan dapat 88 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997