Video seorang jemaah haji melakukan tawaf dengan menaiki sebuah hoverboard menimbulkan persoalan ramai apakah perbuatan itu dibenarkan dalam Islam.
Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan melakukan tawaf sebagai satu daripada Rukun Umrah dan Haji, tersebar di laman sosial.
Netizen berpendapat, jika lelaki itu sihat tubuh badannya, adalah wajar dia berjalan kaki untuk menunaikan ibadah itu.
“Jika dia mempunyai masalah kesihatan, dia sepatutnya menggunakan kerusi roda. Jika pihak berkuasa menutup mulut, maka kita mungkin mempunyai satu inovasi dan ciptaan baru untuk tawaf dan tidak lagi memiliki semangat tawaf itu sendiri,” lapor portal Al Marshad.
Seorang pengguna media sosial bernama Faisal Altolibi, “Penggunaan kenderaan dua roda ini tidak melambangkan sebarang pengorbanan kita dalam beribadat dan ia tidak sepatutnya di lakukan.”
Bagaimapun pihak berkuasa agama haruslah mengeluarkan panduan dan penerangan mengenai penggunaan teknologi moden ini sebagai panduan kepada umat Islam dalam mengejakan ibadah Haji kerana bimbang ia akan menjadi ikutan orang lain.