Seorang artis baru hendak mencipta nama mendedahkan perangai buruk seorang penerbit rancangan hiburan.
Menerusi ruangan gosip di Harian Metro, ceritanya bermula apabila artiberkenaan meminta bantuan daripada penerbit itu untuk memaparkan dirinya dalam program dikendalikan. Tambah pula sudah agak lama dia menghilang dan mahu membuat kemunculan semula.
Tapi kata artis itu, penerbit terbabit memberi alasan susah untuk memberikan tempat kepada artis terbabit dalam programnya kerana dia sudah tidak popular.
Perkara itu boleh dilakukan dengan syarat artis wanita muda dan montok itu mengikutnya ke hotel.
Tanggapan awal artis terbabit mungkin penerbit itu mengajaknya ke hotel kerana mahu mengadakan temubual, tetapi sangkaannya meleset apabila artis itu harus tidur dengannya sebelum temubual dibuat.
Bengangnya artis itu apabila penerbit rancangan hiburan itu membuat permintaan sedemikian. Dia tidak menyangka perkara itu berlaku kerana katanya, dia mengenali penerbit itu dan pernah beberapa kali berurusan tetapi tidak sangka dia melampaui batas.