Bukan semua benda boleh dikongsi termasuk dengan kekasih atau kawan baik. Bukan apa, tersilap gaya boleh mengundang bahana.
Itulah yang berlaku terhadap seorang artis wanita suam-suam apabila terpaksa menanggung malu atas kesilapan sendiri.
Gambar aksi mengaibkannya kini hangat tersebar di Internet. Terbeliak biji mata SS melihat aksi manja dan seksi artis yang sudah jadi viral.
SS percaya gambar itu dikongsi dengan seseorang, namun sudah disebarkan individu tidak bertanggungjawab di laman sosial.
Bukan itu saja, perbualannya dengan seseorang turut menjadi viral. Kandungan perbualan itu sudah semestinya sensasi dan boleh mengundang pelbagai tanggapan buruk terhadapnya.
Tidak hairanlah mengapa sebelum ini pernah tersebar khabar angin yang mendakwa artis itu gatal dan suka menagih perhatian lelaki.
Harap apa yang berlaku ini dijadikan iktibar. Seharusnya artis itu sedar betapa pentingnya wanita menjaga maruah.
Tak tahulah kalau dia sendiri suka cari publisiti murahan dengan sengaja berkongsi gambar sebegitu.
SUMBER: HARIAN METRO