Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Kereta Masih Berasap Ketika Dijumpai’– Saksi

$
0
0

Seorang saksi yang menjumpai kereta terbakar di sebuah ladang kelapa sawit dekat sini berkata kenderaan tersebut masih lagi berasap ketika beliau menemuinya awal pagi Sabtu.

Penduduk kampung Nasrowi Maslah, 45, yang pada ketika itu dalam perjalanan untuk minum pagi bersama rakannya berkata beliau menjumpai kenderaan tersebut sekitar 7 pagi dan pantas mengambil dua keping gambar sebelum merujuknya kepada pihak berkuasa.

“Kereta itu masih berasap semasa saya jumpa dan saya ambil gambar takut tiada orang lain di sekitar kawasan tersebut, tapi memang ia hangus teruk semasa saya jumpa,” katanya.

Sumber polis daripada IPD Hilir Perak berkata siasatan telah berjalan lebih 24 jam sejak kenderaan yang masih cuba dikenal pasti modelnya itu dijumpai awal pagi Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan penemuan kereta berkenaan.

“Kenderaan tersebut dijumpai orang awam sekitar jam 10 pagi tadi, yang kemudian menghubungi pihak polis,” jelas beliau.

Bagaimanapun pihaknya masih cuba mencari dan mengenal pasti jenis kereta dan nombor casis kenderaan untuk siasatan lanjut.

Laporan polis berhubung kehilangan Morais dibuat ahli keluarganya pada petang Sabtu selepas dia gagal dihubungi.

Morais dari Jabatan Peguam Negara sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Pendakwaan di SPRM.

Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu, menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran WA 6264 Q.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997