Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Diana Rafar Risau Suami Ketagih Beli VAPE

$
0
0

“Tolong tegur suami saya berhenti kumpul Vape,” demikianlah permintaan Diana Rafar yang meminta followers kesayangannya di laman Instagram menasihatkan suaminya agar berhenti mengumpul vape mahal kerana dianggapnya membazir dan tidak berbaloi.

Susulan itu, ramai pengguna Instagram menasihati Zamarul Hisham agar berhenti terus dari menghisap vape sungguhpun masih belum terbukti bahawa rokok elektronik membahayakan kesihatan.

“Tak apa, mula-muka akan sakan kumpul semua. After a while he will stop buying and just vape dengan apa yang ada. Memang syndrome ini normal for all newcomer vapers. Stop smoking start vaping,” kata Raja Azizul.

Benar apa yang dikatakan oleh Raja Azizul, sememangnya beginilah perangai orang yang baru berjinak-jinak dengan vape. Soal mahal ditolak ketepi, apa yang penting, mereka juga memiliki vape yang dingini.

Namun perasaan keterujaan itu hanya akan bertahan seketika. Lama-lama kelamaan, sudah tentu mereka akan mula bosan dengan vape.

Bagaimanapun, kenyataan Diana itu hanya dibalas dengan gelak ketawanya sahaja yang membaca komen-komen followers di Instagram.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997