Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Tengku Abdullah Umum Letak Jawatan Presiden FAM?

$
0
0

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dikatakan telah mengumumkan meletak jawatan selepas skuad negara kalah teruk 10-0 di tangan UAE dalam pusingan kedua kelayakan piala dunia zon Asia baru-baru ini.

Perletakan jawatan Presiden FAM ini telah dimuatnaik oleh portal berita Astro Awani di dalam twitternya yang berbunyi “Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah to announce his resignation as FAM president following Harimau Malaya’s 0-10 defeat”.

Tengku Abdullah sebelum ini iaitu pada 17 Jun lalu tidak menolak kemungkinan akan melepaskan jawatan sekiranya prestasi Harimau Malaysia tidak dapat diperbaiki, selepas dibelasah teruk Palestin 6-0 sebelum ini.

Nampaknya dengan perkembangan terbaru kekalahan teruk pasukan negara, baginda telah menunaikan janjinya atas siri kekalahan skuad negara ditangan UAE baru-baru ini.

Tengku Abdullah menerajui FAM sejak 25 Mei tahun lalu selepas jawatan itu dilepaskan oleh ayahandanya Sultan Ahmad Shah.

Pemilihan untuk jawatan Presiden FAM bagi penggal 2014-18 akhirnya menjadi milik Tengku Abdullah dengan 27 undian berbanding TMJ, Tunku Ismail (12 undi).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997