Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘PAS Cukup Kuat, Tak Perlu Parti Lain’– Haji Hadi

$
0
0

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas ada kekuatan sendiri dan tidak akan bergabung dengan parti baharu yang sedang dalam proses didaftarkan, Parti Amanah Negara (PAN) atau kini dikenali dengan Parti Pekerja Malaysia (PPM).

Beliau berkata, pengalaman lalu banyak mengajar Pas supaya lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan parti politik lain.

“Sehingga ini Pas dengan tegas tidak menerima parti baharu itu dan konsisten dengan pendirian selama ini,” katanya kepada pemberita semasa ditemui ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (Dun), di sini, hari ini.

Mengenai status Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang diminta meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat Pas setelah menyertai PPM, Abdul Hadi berkata beliau akan dengar dahulu laporan daripada Badan Perhubungan Pas negeri dan Pas Pusat sebelum mengambil sebarang tindakan.

Ketika ditanya kemungkinan ahli Pas akan menyertai perhimpunan yang dicadang diadakan pada 16 September ini, Presiden Pas itu berkata, beliau akan melihat dahulu apa pengisian program berkenaan.

“Hari Kebangsaan kita sama-sama sambut, sebab itu baru-baru ini kita tidak menyertai perhimpunan Bersih kerana ia bertembung dengan Hari Kebangsaan, kita menghormati Hari Kebangsaan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997