Beberapa orang wartawan dan pemberita merakan detik kejam seorang rakan setugas mereka yang bertindak biadap menahan kaki seorang pelarian Syria sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh bersama anaknya yang didukung.
Jurukamera wanita itu bagaimanapun telah dipecat serta-merta, lapor Reuters.
Wanita itu juga dicemuh pelbagai pihak kerana tindakan tidak berperikemanusiaan itu.
Dia merupakan pekerja siaran televisyen N1TV dari Hungary dan membuat liputan mengenai pelarian Syria yang melepasi sempadan negara itu.
Beberapa siri gambar menunjukkan wanita berkenaan menahan kakinya untuk memastikan lelaki tua tersadung jatuh bersama kanak-kanak tersebut telah menjadi viral di seluruh dunia.