Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Melampau! Harga Teh O Ais Limau RM5.20 Segelas

$
0
0

lemonDalam keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi dan membebankan orang ramai sekarang, sebuah rangkaian restoran Kopitiam didakwa mengenakan caj tidak masuk akal untuk sesetengah menu yang disediakan di restoran tersebut.

Memetik laporan satu blog hari ini yang memuat naik sekeping resit pembayaran di sebuah cawangan kedai tersebut menyatakan restoran terbabit mengenakan harga RM5.20 untuk segelas Teh O Ais Limau yang disifatkan terlalu mahal.

“Berbalik kepada restoran kopitiam tadi, TE sendiri terkejut apabila air teh o ais limau dijual pada harga RM5.20!

“Terus terang, kalau nak kata rasanya hebat gila memang taklah tetapi persoalannya mengapa harga segelas air itu dijual terlalu mahal?

“Nak kata TE minum di KLIA, mungkin juga harganya sebegitu tetapi bukan,” dipetik daripada blog tersebut.

Dalam pada itu, resit pembayaran yang bertarikh 28 Ogos lalu itu juga antara lain menunjukkan pelanggan tersebut memesan beberapa jenis makanan lain.

Meskipun Kopitiam dilihat sebagai satu restoran yang mempunyai ‘standard’, harga yang dikenakan terhadap minuman itu jelas cuba mencekik darah pelanggan.

Difahamkan, lokasi kejadian berlaku di sekitar Batu Caves.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997