Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Kisah Benar Bilal Yang Meninggal Ketika Sujud

$
0
0

“Saya terkilan tidak dapat berbual panjang dengan arwah. Insiden itu berlaku sekelip mata saja,” luah Mariani Zulkipky, balu kepada Siak Surau Al-Mujahidin, Desa Surada di Bandar Baru Bangi, yang meninggal dunia dalam keadaan bersujud.

Mariani, 57, menyifatkan kematian suaminya, Rusli Ishak, 61 umpama mimpi yang berlaku serta-merta.

“Kami reda dengan pemergian arwah, cuma kesal tidak dapat bercakap dengan arwah sebelum dia pergi. Kalau ada salah silap saya pada suami, saya minta ampun pada ALLAH.

“Selama 36 tahun saya hidup bersama arwah, tapi kini saya hanya boleh peluk baju dan kopiah arwah yang ditinggalkan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya semalam.

Menurutnya, ketika kejadian, dia tiada di rumah kerana mengambil anak perempuannya di Setia Alam, Shah Alam pulang bercuti raya ke rumah mereka.

“Sebelum keluar rumah pada waktu pagi, arwah hanya tanya ‘kenapa kakak balik?’ dan kami tidak berbual panjang. Kebetulan, semalam (kelmarin) jalan sudah mula sesak ketika saya ambil anak. Selepas itu, saya mempunyai urusan lain di tempat lain.

“Selepas Zuhur kira-kira jam 2 petang, anak saya di rumah menelefon memaklumkan suami saya strok. Masa itu saya tidak tahu suami sudah meninggal dunia,” katanya.

Mariani yang juga Imam Pengurusan Jenazah Muslimat di surau berkenaan berkata, arwah suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Cuma dalam tiga hari ini, dia banyak diam dan tidak bercakap dengan kawan-kawannya. Namun, saya bersyukur sebab saat-saat akhir arwah di situ (bersujud kepada ALLAH) ketikan bersolat sunat selepas tunaikan solat Zuhur.

“Surau itu memang rumah kedua arwah dan dia juga yang selalu membersihkan surau. Solatnya juga tidak pernah lewat dan tidak pernah meninggalkan waktu berjemaah.

Sebab itu, kami tidak bawa balik arwah ke rumah, sebaliknya segala urusan (pengurusan jenazah) diselesaikan di surau,” katanya.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997