Universiti Taylor hari ini menegaskan bas rasmi universiti itu tidak digunakan bagi membawa pelajar-pelajar menghadiri dan mengambil bahagian di dalam perhimpunan ‘Himpunan Baju Merah’ di Padang Merbok dan sekitar kawasan pusat bandar.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook, pihak universiti itu berkata tiada kebenaran dikeluarkan bagi perkhidmatan bas digunakan untuk tujuan seumpama itu dan tindakan itu dipercayai dilakukan tanpa pengetahuan pentadbiran.
“Universiti Taylor menyatakan bas terbabit mempunyai kontrak dengan pihak ketiga, iaitu Wawasan Sutera yang menggunakan bas itu untuk membawa penumpang ke perhimpunan tanpa pengetahuan pihak universiti,” tulis kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, tindakan diambil serta merta dengan membuang logo universiti itu daripada bas yang berada di tempat perhimpunan berlangsung bagi mengelakkan penglibatan tidak sengaja univesiti terbabit dengan perhimpunan jalanan itu.
Taylor's University has noted that our bus contracted to third party, Wawasan Sutera, was used by the operator to ferry…
Posted by Taylor's University on Tuesday, September 15, 2015