Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(VIDEO) Jemaah Cium Mulut Khatib Lepas Baca Khutbah Jumaat

$
0
0

Di Pendang, Kedah beberapa jemaah solat Jumaat dipercayai pengikut Syiah bertindak menunggu di tepi mimbar sebaik Khatib hampir habis membaca khutbah sebelum mereka meluru beramai-ramai mencium mulut khatib.

Video berkenaan dimuatnaik di Facebook oleh pemegang akaun Suud Ridzuan.

Video selama 2:02 itu dirakamkan dipercayai di sebuah masjid di daerah berkenaan yang juga turut dikenali sebagai lokasi paling ramai ada pengikut Syiah terbesar.

Dalam video berkenaan dipaparkan khatib yang sudah hampir menghabiskan khutbahnya dan sedang membaca doa akhir sebelum dapat dilihat beberapa orang jemaah berkumpul di bawah mimbar seperti menunggu sesuatu.

Kemudian dalam beberapa ketika, lebih ramai daripada jemaah bangun dan menunggu sehingga habis sahaja selesai khutbah, berlumba-lumba mereka cuba mencium mulut Khatib.

Daripada butiran di Facebook, di video berkenaan tertera perkataan Team Media Kedah dan juga mereka meminta pihak berkuasa agama di negeri itu membuat siasatan kejadian berkenaan.

Jika dilihat sepintas lalu, perbuatan seperti itu jelas bukan amalam atau Sunnah Rasulullah di dalam amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah juga pengikut mazhab Imam Syafie yang jelas menyimpang.

Bagaimanapun, apakah tujuan para jemaah solat Jumaat ini mencium khatib sebegitu rupa amatlah pelik dan ganjil serta jelas tidak menuruti ajaran Islam yang dipraktikkan di negara ini.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997