Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Selain Cukai Bayar Tol Juga Jihad Fisabilillah’– Jamal Baju Merah

$
0
0

Pagi ini satu keratan kenyataan dari Facebook ‘Dato Jamal Yunos’ menjadi viral di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat.

Antara petikan kenyataan itu adalah mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya.

“Kenaikan kadar tol berkuatkuasa pada Khamis ini adalah satu langkah untuk kurangkan kadar lalu lintas dan kemalangan jalan raya, jangan cepat melatah dan mendengar tohmahan-tohmahan daripada pembangkang yang terang sengaja burukan kerajaan.

“Selain membayar cukai kepada kerajaan, membayar tol juga adalah satu jihad! Ingat BN ingat kejayaan,” petik kenyataan Facebook tersebut.

Bagaimanapun, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia pantas menafikan mengeluarkan kenyataan berkenaan.

satu lagi pembohongan dan fitnah. .INI BUKAN FB SAYA..

Posted by Dato Jamal Yunos on Monday, October 12, 2015

Sementara itu ketika ditanya adakah itu satu cara orang tertentu untuk menjatuhkannya, Jamal tidak menafikan perkara tersebut.

“Ya betul, itulah cara mereka,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997