Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Punca Tol Naik Kerana Perjanjian Konsesi Zaman Mahathir?

$
0
0

Isu kenaikkan kadar tol mendapat reaksi hebat daripada pelbagai pihak sama ada golongan berpendapatan rendah dan sederhana sehingga golongan ‘kaya’ di negara kita.

Berbeza dengan media sosial pro-UMNO, MyKMU.net yang mengaitkan kenaikan kadar tol di negara ini dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M).

Melalui status yang dikongsikan blog tersebut, kenaikan itu berpunca daripada perjanjian konsesi yang diwarisi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dari tangan pemimpin sebelum itu.

“Perjanjian konsesi itu memang direka sebegitu rupa. Macam mana cara pun, akhirnya rakyat juga terkena tempiasnya,” tulis MyKMU.

Tambahnya lagi, tidak banyak cara yang kerajaan boleh lakukan untuk menghalang kenaikan yang sepatutnya berlaku tujuh tahun lalu.

“Kalau konsepnya memindahkan beban kepada rakyat, itu memang bukan kerja orang lain selain Tun Mahathir, bapa konsesi negara.

“Dialah yang menganjurkan konsep swasta bina-kerajaan anugerah konsesi-rakyat bayar. Setiap tiga tahun sekali, kadar tol akan dikaji dan kalau kenaikan itu perlu ditangguhkan, kerajaan masih perlu membayar pampasan kepada syarikat konsesi,” tulis MyKMU lagi.

Blog pro-UMNO itu turut mendakwa bahawa mana-mana Perdana Menteri selepas Tun M akan terikat dengan perjanjian yang dibuat olehnya.

“Mahathir dan pastikan dulu ketika semua perjanjian ini dibuat, syarikat konsesi tidak akan mengalami kerugian. Kalau tak rakyat tanggung, kerajaan kena tanggung (guna duit rakyat). Mana ada ruang untuk rugi?

“Jadi, rakyat perlu ucap terima kasih kepada Mahathir kerana legasi yang ditinggalkannya ini. Dia memang bijak dan membawa banyak kemajuan kepada negara ini sehingga tidak perasan harga kepada semua kemajuan ini, kita (rakyat) terpaksa membayarnya. Bukan percuma,” dakwa MyKMU lagi seperti dilaporkan Sinar Harian.

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengumuman kenaikan kadar tol di beberapa lebuh raya di Malaysia.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997