Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Raih RM800 Sehari Hanya Dengan Jual Jering Rebus & Buah Perah

$
0
0

Rezeki ada di mana-mana. Hanya dengan hasil menjual jering rebus dan buah perah, seorang peniaga wanita dari Kampung Pasir Panjang di sini mampu meraih pendapatan sehingga RM800 sehari.

Rosnas Mudah, 53, berkata perniagaan yang diwarisi dari arwah datuknya itu sudah diusahakan olehnya selam 20 tahun lalu.

“Jering rebus kami terkenal dan mempunyai pelanggan tetap dari dalam dan luar negeri sejak dulu lagi.

“Buah jering dan perah jenis bermusim dan kerana itu hanya pada September hingga November saja ia dijual.

“Sepanjang tempoh itu, penggemar dari serata tempat termasuk Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan datang ke gerai saya untuk membelinya,” katanya memetik laporan myMetro.

Kerana jeringnya sering mendapat sambutan, Rosnas berkata dia terpaksa merebus sehingga tiga periuk jering setiap hari bagi memenuhi permintaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997