Tindak-tanduk bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ketika masih dalam UMNO sama seperti musuh dalam selimut.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, kebenarannya terserlah selepas bekas Ahli Parlimen Temerloh itu memutuskan untuk menyertai pembangkang, PKR.
“Saya tidak hairan Saifuddin keluar UMNO, kerana sikap Saifuddin dan menampakkan reaksi yang cukup menyakinkan yang dia tidak serasi dengan perjuangan Barisan Nasional (BN).
“Pada saya adalah lebih baik kita (UMNO dan BN) berlawan dengan lawan yang terang daripada berlawan dengan musuh dalam selimut. Saya ucap terima kasih kerana Saifuddin ‘be a gentlement’,” katanya.
Malah Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, tindakan Saifuddin keluar menyertai PKR lansung tidak menjejaskan UMNO, kerana beliau sendiri ditolak oleh rakyat semasa Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
“Saya tidak nampak UMNO pada keseluruhannya terjejas, sebab Saifuddin pun pemimpin yang kalah dalam PRU,” katanya.