Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ, bolehlah diklasifikasikan sebagai antara individu paling menarik perhatian di laman sosial. Apa sahaja yang diluahkannya sentiasa menerima reaksi yang pelbagai dari segenap lapisan masyarakat.
Menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, TMJ mempamerkan penampilan terbaharunya pada Isnin. Selain gaya rambut berwarna blonde, laman tersebut turut memuat naik status yang melaporkan perbualan antara TMJ dengan seorang wartawan.
Wartawan: Ampun Tunku, baru-baru ini Tunku telah mewarnakan rambut, dan ini menimbulkan pelbagai reaksi dan komen….
Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, October 19, 2015
Menjawab pertanyaan wartawan berkenaan tentang pengkritiknya atau haters, TMJ memberitahu baginda tidak ambil pusing dengan persepsi negatif masyarakat.
Mengambil nasihat ayahandanya, TMJ berpesan, urusan yang paling baik di dunia adalah menjaga urusan sendiri.
Penasihat Diraja pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut menyindir golongan keyboard warrior dengan berkata golongan ini adalah mereka yang sangat tidak gembira dengan apa yang mereka miliki dalam hidup.