Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Seksi & Menggoda Itu Tak Semestinya Jalang’– Fara Mendoza

$
0
0

Pelakon Fara Mendoza yang pernah terpalit skandal bersama pelakon Fizz Fairuz meminta masyarakat tidak lagi memandang serong terhadapnya dengan menggelarkannya sebagai jalang.

Memetik kenyataan di majalah URTV, Fara berkata isu pemakaiannya yang sering seksi tidak boleh dikaitkan dengan pandangan negatif yang mengatakannya sebagai murahan.

“Kepada pihak luar sana yang masih memandang negatif terhadap saya, henti-hentikanlah Cukup-cukuplah buat spekulasi dan tuduhan yang bukan-bukan tentang saya. Kalaulah yang menuduh itu mengenali saya secara dekat, barulah mereka tahu siapa diri saya sebenarnya.

“Saya tahu saya bukannya baik sangat. Ada yang menilai saya secara luaran melalui penampilan saya. Jangan ingat apabila saya berpakaian seksi itu saya murah. Jangan fikir apabila kontroversi melanda saya, itu bermakna saya gilakan publisiti murahan.

“Paling penting, jangan hanya kerana saya digosip dengan mana-mana lelaki dan sering ke kelab dulu menunjukkan saya ini murah. Saya bukanlah wanita jalang!.

“Seksi dan menggoda itu tidak semestinya jalang atau murah. Jangan hanya sekadar memandang luaran. Kenal dulu hati budi barulah menilai.

“Saya juga sudah tidak ke kelab malam kerana banyak perkara buruk boleh berlaku apabila ke tempat itu. Saya tidak menyalahkan kelab malam atau mereka yang berkunjung ke sana, tetapi saya sendiri rasa sudah tidak sesuai untuk ke sana lagi,” ujarnya.

Fara sebelum ini dikaitkan mempunyai skandal dengan Fizz Fairuz apabila memuatnaik sebahagian perbualan mereka di aplikasi WeChat.

Bukan itu sahaja, dia juga sering dicemuh peminat hiburan kerana sering tampil seksi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997