Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(Video) Budak 13 Bulan Dipukul, Ditampar Pengasuh Jadi Viral

$
0
0

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 bulan menjadi mangsa dera ketika ditinggalkan sementara di Taska Melily, Jalan Bukit Kecik, Kuala Terengganu sejak lebih seminggu lepas.

Video mengenai kanak-kanak malang itu turut menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lepas, dan dikongsi oleh pengguna di Facebook, sejak tengah hari Rabu.

Kesal dengan tindakan pengasuh berusia awal 20-an itu, anggota keluarga mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 8.30 malam Khamis.

Datuk mangsa, Ruslee Bidi, 55, berkata beliau hanya mengetahui mengenai berita itu petang Rabu, selepas menonton video berkenaan daripada seorang kenalannya.

“Tergamak mereka perlakukan begitu? Lagipun cucu saya ini anak yatim (bapa mangsa meninggal dunia kira-kira enam bulan lepas akibat masalah jantung).

“Sekarang, kami sekeluarga menyerahkan perkara ini kepada polis untuk mengambil tindakan lanjut kerana laporan telah dibuat dan kami tidak mahu perkara sama terjadi kepada orang lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kubang Parit pada Khamis.

Mohon tindakan @PDRMsia! Penderaan terhadap anak kecil, muka ditampar dan ditutup dengan kain..Kenapa zalim…

Posted by Friends Of PDRM on Thursday, October 22, 2015

Dalam video berdurasi 43 saat itu, kanak-kanak malang itu ditampar di muka beberapa kali oleh pengasuh terbabit kerana tidak henti-henti menangis.

Pada masa sama, pengasuh tersebut bersama-sama seorang pengasuh lain turut menutup muka kanak-kanak itu dengan sehelai tuala supaya dia berhenti menangis, sambil memicit-micit bahagian muka mangsa termasuk hidung.

Difahamkan, selepas insiden itu, kanak-kanak berkenaan demam dan dibawa ke hospital, sebaik sahaja laporan polis dibuat.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada pihak hospital, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal akibat insiden itu.

Sementara itu, ibu mangsa yang enggan dikenali memberitahu beliau tidak menyangka pengasuh terbabit sanggup berbuat demikian terhadap anaknya, memandangkan dua kakak kepada kanak-kanak itu yang kini berusia enam dan sembilan tahun, pernah dihantar ke pusat asuhan tersebut, sebelum ini.

Wanita berusia 40 tahun itu yang bekerja sebagai pembantu di sebuah butik, berkata selepas kejadian, pengasuh berkenaan menghubunginya untuk meminta maaf tetapi tidak menyatakan sebab dia melakukan perbuatan tersebut.

“Bapa mertua ada bertemu dengan pemilik taska tersebut selepas laporan polis dibuat, dan pemilik taska meminta supaya menarik balik laporan itu, tapi kami enggan kerana mahu memberi pengajaran kepada pengasuh terbabit.

“Saya juga dimaklumkan, video tersebut dirakam oleh seorang lagi pengasuh yang telah berhenti kerja sebaik sahaja rakaman video itu tersebar kerana tidak tahan walaupun baru 10 hari bekerja di situ,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997